Penerbitan Ghost (Musim 1)

Menurut Ng Ping Ho, penerbit eksekutif dan pengarah Ghost, Cheryl Samad bukanlah pilihan pertama beliau bagi watak Eza, kerana asalnya beliau tidak mahu seorang yang sudah terkenal untuk memegang watak tersebut, tetapi ketika menjalani ujibakat, akhirnya akur dengan kesesuaian Cheryl untuk peranan ini. Penggunaan dialog dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeris menjadi aspek penting kerana kisahnya berlatarkan Kuala Lumpur dan mencerminkan pertuturan golongan bandar masa kini. Siri ini mula-mulanya dikarang dalam bahasa Inggeris sebelum diterjemah ke Bahasa Malaysia.[1]